1Bagaimanakah cara pengiklanan jawatan kosong dibuat oleh SPAJ?
Jawapan :

Pengiklanan jawatan kosong adalah melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/), Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook) dan akhbar tempatan.

 

2Bagaimanakah cara memohon pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ)?
Jawapan :

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui pendaftaran di Sistem Pengurusan Tenaga Kerja (eSPAJ) di pautan: https://espaj.johor.gov.my/. Permohonan yang dibuat selepas tarikh iklan ditutup tidak akan diproses lanjut oleh SPAJ. Permohonan oleh calon yang menamatkan pengajian di peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana perlu memastikan bahawa tarikh kelulusan senat adalah sebelum tarikh tutup iklan.

 

3Berapakah had umur yang layak untuk memohon pekerjaan di SPAJ?
Jawapan :

Had umur dibenarkan adalah :

  1. Tidak kurang daripada umur 18 tahun semasa tarikh iklan ditutup dan tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus; dan
  2. Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had umur maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib.

 

4Adakah permohonan jawatan kosong hanya terbuka kepada anak kelahiran negeri Johor sahaja?
Jawapan :

Permohonan jawatan kosong adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia, walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran negeri Johor. Bagi pemohon yang bukan kelahiran negeri Johor hendaklah bermastautin di Negeri Johor melebihi lima (5) tahun.

 

5Bagaimanakah kaedah panggilan temu duga dibuat kepada calon?
Jawapan :

Panggilan temu duga akan dibuat melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS yang didaftarkan dalam Sistem eSPAJ dalam tempoh tujuh (7) hari secara berperingkat sebelum temu duga dilaksanakan. Selain itu, pemakluman berkaitan panggilan temu duga akan dibuat melalui Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook).

 

6Bolehkah calon menukar tarikh/pusat temu duga?
Jawapan :

Boleh dipertimbangkan oleh SPAJ dalam keadaan berikut:

  1. Upacara Keagamaan;
  2. Kesihatan;
  3. Perkahwinan;
  4. Kematian; atau
  5. Lain-lain sebab (dengan kelulusan SPAJ)

 

7Bagaimanakah untuk membuat persediaan menghadiri temu duga?
Jawapan :

Sila rujuk panduan menghadiri temu duga di pautan https://espaj.johor.gov.my/website/pusat_temu_duga

 

8Adakah calon akan disenaraihitamkan sekiranya menolak panggilan temu duga dan tawaran pelantikan?
Jawapan :

Tidak.

 

9Bagaimanakah calon boleh menyemak keputusan temuduga?
Jawapan :

Keputusan temu duga akan dikeluarkan kepada calon melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS yang didaftarkan di dalam Sistem eSPAJ. Selain itu, hebahan pemakluman keputusan temu duga akan dibuat melalui Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook).

 

10Bilakah keputusan temu duga diumumkan?
Jawapan :

Setelah keseluruhan sesi temu duga jawatan tersebut selesai dilaksanakan dan  mendapat kelulusan Suruhanjaya. Keputusan temu duga akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan Suruhanjaya.

 

11Apakah tindakan selanjutnya bagi calon yang telah berjaya ditawarkan pelantikan ke perkhidmatan awam?
Jawapan :

Calon boleh merujuk kepada prosedur Tawaran Pelantikan melalui Sistem Pengurusan Tenaga Kerja (eSPAJ) pautan infografik [ Klik Disini ]

 

1Apakah PSEE?
Jawapan :

PSEE adalah Penilaian memasuki perkhidmatan awam Johor yang dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Tenaga Kerja (eSPAJ). Calon boleh mengakses sistem eSPAJ secara online di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet dengan menggunakan komputer dan komputer riba (laptop).

 

2Bagaimanakah calon boleh dipanggil untuk menduduki PSEE?
Jawapan :

Calon hendaklah mendaftar dan menghantar permohonan melalui Sistem Pengurusan Tenaga Kerja (eSPAJ) di pautan di pautan (https://espaj.johor.gov.my/.). Hanya calon-calon yang memenuhi syarat dan melepasi asas tapisan sahaja akan dipanggil menduduki peperiksaan online.

 

3Bagaimanakah pemakluman PSEE dibuat kepada calon?
Jawapan :

Pemakluman akan dibuat melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS kepada calon dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh peperiksaan online dilaksanakan. Selain itu, pemakluman berkaitan peperiksaan online akan dibuat melalui Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook).

4Bolehkah calon menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan oleh pihak SPAJ?
Jawapan :

Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh peperiksaan online yang telah dijadualkan oleh pihak SPAJ.

 

5Bolehkah calon yang terlepas tarikh PSEE memohon untuk menduduki semula PSEE?
Jawapan :

Tidak. Ketetapan tarikh dan masa yang ditetapkan adalah muktamad dan calon hendaklah membuat persediaan sewajarnya. Bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman, calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa di Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS yang didaftarkan dalam sistem eSPAJ.

 

6Mengapakah calon tidak menerima e-mel pemakluman PSEE?
Jawapan :

Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPAJ tidak diterima, calon boleh membuat semakan di folder 'SPAM/JUNK' e-mel calon. Calon diminta menghubungi pihak SPAJ sekiranya perlu.

 

7Apakah sukatan peperiksaan yang terdapat dalam PSEE?
Jawapan :

PSEE terdiri daripada 3 seksyen iaitu:

  1. Seksyen A- Pengetahuan Am
  2. Seksyen B- Daya Penyelesaian Masalah
  3. Seksyen C- Kefahaman Bahasa Inggeris

 

8Berapa lamakah keputusan peperiksaan akan dikeluarkan kepada calon?
Jawapan :

Keputusan PSEE akan dimaklumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh PSEE dijalankan.

 

9Bolehkah saya membuat rayuan keputusan PSEE yang telah dikeluarkan?
Jawapan :

Keputusan peperiksaan online adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

10Bagaimanakah pemakluman tarikh Profession Assessment Centre (PAC) dibuat kepada calon?
Jawapan :

Pemakluman akan dibuat melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS kepada calon dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh Profession Assessment Centre (PAC) dilaksanakan. Selain itu, pemakluman berkaitan peperiksaan online akan dibuat melalui Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook).

 

11Adakah calon boleh memohon untuk pertukaran pusat / tarikh Profession Assessment Centre (PAC)?
Jawapan :

Secara umumnya, calon tidak dibenarkan bertukar pusat atau tarikh ujian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon boleh memohon untuk bertukar pusat atau tarikh sekiranya terdapat justifikasi yang kukuh tertakluk kepada pertimbangan SPAJ.

 

12Bolehkah calon yang terlepas tarikh Profession Assessment Centre (PAC) memohon untuk menghadiri semula PAC?
Jawapan :

Tidak. Ketetapan tarikh dan masa yang ditetapkan adalah muktamad dan calon hendaklah membuat persediaan sewajarnya. Bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman, calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa di Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS yang didaftarkan dalam sistem eSPAJ.

 

13Apakah etika pakaian semasa menghadiri Profession Assessment Centre (PAC)?
Jawapan :

Calon hendaklah berpakaian formal (pakaian pejabat) sepanjang PAC dijalankan.

 

14Berapa lamakah tempoh masa Profession Assessment Centre (PAC) dilaksanakan?
Jawapan :

Profession Assessment Centre (PAC) akan berlangsung dalam tempoh setengah sehingga satu hari tertakluk kepada jawatan dan modul yang ditetapkan.

 

15Bagaimanakah pemakluman Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dibuat kepada calon?
Jawapan :

Pemakluman akan dibuat melalui Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS kepada calon dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dilaksanakan. Selain itu, pemakluman berkaitan peperiksaan online akan dibuat melalui Media Sosial Rasmi SPAJ (Facebook).

 

16Bolehkah calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) memohon untuk penjadualan semula UFPK?
Jawapan :

Tidak. Ketetapan tarikh dan masa yang ditetapkan adalah muktamad dan calon hendaklah membuat persediaan sewajarnya. Bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman, calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa di Portal Rasmi SPAJ (https://espaj.johor.gov.my/.), e-mel dan SMS yang didaftarkan dalam sistem eSPAJ.

 

17Apakah etika pakaian semasa menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?
Jawapan :

Bagi lelaki: T-shirt sukan berkolar, seluar tracksuit panjang dan berkasut sukan. Pemakaian seluar pendek adalah dilarang sama sekali.


Bagi wanita: T-shirt sukan lengan panjang, seluar tracksuit panjang, bertudung (beragama Islam) dan berkasut sukan. Pemakaian baby t-shirt, legging dan yoga pants adalah dilarang sama sekali.

 

18Adakah calon mengandung boleh hadir pada sesi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?
Jawapan :

Calon yang mengandung tidak digalakkan hadir kerana akan melibatkan ujian kecergasan.

 

1Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?
Jawapan :

Proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

 

2Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?
Jawapan :

Mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

 

3Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?
Jawapan :

Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Surat pengesahan pegawai melapor diri dari jabatan;
  2. Surat Setuju Terima Pelantikan (SPAJ PG-03);
  3. Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013);
  4. Surat Akuan Berkanun (SPAJ.PG 2019);
  5. Surat Aku Janji - Jadual Pertama [subperaturan 20(3)] Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2016;
  6. Penyata Perubahan (Kew. 8); dan
  7. Sijil Pengesahan e-Tapis dijana oleh Suruhanjaya.

 

4Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?
Jawapan :

Boleh

 

5Bagaimana tatacara permohonan Pengesahan Pelantikan pegawai dimohon?
Jawapan :

Tatacara permohonan Pengesahan Pelantikan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Modul Pengesahan Pelantikan di dalam sistem eSPAJ bersama dokumen yang diperlukan. Jabatan yang gagal memuatnaik dokumen dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah memberi penjelasan bertulis.

 

6Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?
Jawapan :

Tempoh proses ketua Jabatan mengemukakan permohonan Pengesahan Pelantikan pegawai kepada SPAJ dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh pegawai tersebut melapor diri.

7Bilakah tarikh pegawai diberikan Pengesahan Pelantikan?
Jawapan :

Tarikh Pengesahan Pelantikan adalah pada tarikh pegawai  melapor diri di tempat bertugas yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

8Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Jawapan :

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun dan mendapat perakuan oleh Ketua Jabatan.

 

9Apakah syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Jawapan :

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Menjalani tempoh percubaan dengan jayanya sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan;
  2. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan; (jika berkaitan)
  3. Menghadiri dengan jayanya Program Transformasi Minda;
  4. Syarat-syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa; (jika berkaitan)
  5. Mendapat perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada Ketua Jabatan.

 

10Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Jawapan :

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan adalah  seperti berikut:

  1. Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan - Jadual Ketiga [subperaturan 29(2)];
  2. Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 - Jadual Kelima [Peraturan 37];
  3. Salinan keputusan peperiksaan yang diakui sah atau salinan surat pengecualian peperiksaan perkhidmatan daripada JPA Malaysia/Subjek Jabatan daripada SUKJ,BPSM;
  4. Salinan Sijil Program Transformasi Minda diakui sah atau salinan surat pengecualian menghadiri Program Transformasi Minda daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
  5. Salinan sijil program/keputusan peperiksaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (jika berkaitan); dan
  6. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta diakui sah.

 

11Bagaimana tatacara permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?
Jawapan :

Tatacara permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Modul Pengesahan Dalam Perkhidmatan di dalam sistem eSPAJ bersama dokumen yang diperlukan. Jabatan yang gagal memuatnaik dokumen dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah memberi penjelasan bertulis.

 

12Tempoh proses Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan ?
Jawapan :

Tempoh proses permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan  adalah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pegawai itu layak diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu dikemukakan tidak kurang dari tempoh percubaan minimum.

 

13Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Jawapan :

Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).

[Pelanjutan Tempoh Percubaan]

14Apakah tujuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan?
Jawapan :

Pelanjutan tempoh percubaan bertujuan untuk memberi peluang kepada kategori pegawai seperti berikut:

  1. Tidak dapat memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan atas sebab diluar kawalan; dan
  2. Gagal memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh percubaan asal.

 

15Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
Jawapan :

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan adalah  seperti berikut:

  1. Perakuan Ketua Jabatan- Jadual Keempat J.P.U 27 2016;
  2. Surat permohonan rayuan pelanjutan tempoh percubaan daripada pemohon kepada Ketua Jabatan;
  3. Salinan keputusan peperiksaan yang dihadiri atau salinan surat pengecualian peperiksaan perkhidmatan daripada JPA dan diakui sah;
  4. Salinan Sijil PTM atau salinan surat pengecualian menghadiri PTM;
  5. Salinan sijil program/keputusan peperiksaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (jika berkaitan);
  6. Salinan Buku Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta diakui sah; dan
  7. Salinan Laporan Nilaian Prestasi (LNPT) tiga (3) tahun terkini yang diakui sah.

 

16Berapakah tempoh Pelanjutan Tempoh Percubaan?
Jawapan :

Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi 12 bulan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya dalam keadaan tertentu boleh melanjutkan tempoh percubaan melebihi 12 bulan tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya.

 

17Apakah tujuan Pemberian Taraf Berpencen?
Jawapan :

Pemberian Taraf Berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang dari tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

 

18Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?
Jawapan :

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen adalah  seperti berikut:

  1. Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen - Jadual Keenam [Peraturan 38];
  2. Salinan Buku Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta diakui sah; dan
  3. Salinan Sijil Tapisan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (jika berkaitan).

 

19Bagaimana tatacara permohonan Pemberian Taraf Berpencen pegawai dimohon?
Jawapan :

Tatacara permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Modul Pemberian Taraf Berpencen di dalam sistem eSPAJ bersama dokumen yang diperlukan. Jabatan yang gagal memuatnaik dokumen dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah memberi penjelasan bertulis.

 

1Bila waktu operasi pejabat dan kaunter ?
Jawapan :

Waktu operasi :
Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Waktu Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari
             : 2.45 petang hingga 5.00 petang

Waktu Rehat : 12.15 petang hingga 2.45 petang
Tutup pada Sabtu dan Ahad 
Tutup pada hari kelepasan am

2No Telefon Pejabat dan media perhubungan ?
Jawapan :

No Telefon Utama SPAJ : +607-2666422 & +607-2666423
Sambungan : 
1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian Pengambilan 
3. Bahagian Perkhidmatan
4. Bahagian Pengurusan Maklumat (ICT)

Emel Rasmi : spaj@johor.gov.my

Perkhidmatan WhatsApp Business : +607-2666422

*Semua waktu operasi perkhidmatan adalah merujuk kepada waktu operasi pejabat