PERKHIDMATAN UTAMA

 PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG

  • Suruhanjaya akan menerima permohonan pengisian kekosongan jawatan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Sumber Manusia. Hebahan kekosongan jawatan akan dibuat melalui siaran iklan di akhbar, portal rasmi SPAJ dan media sosial.

 

 URUSAN PENGAMBILAN KE PERKHIDMATAN AWAM

  • Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Sistem eSPAJ. Calon-calon yang membuat permohonan akan disaring dan ditapis bersandarkan kelayakan akademik dan kaedah tapisan lain yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.Calon yang berjaya melalui proses tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.Selepas penilaian di sesi temu duga calon berjaya akan diberikan Surat Tawaran Pelantikan.

 JAWATAN YANG DIKENDALIKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR

  • Calon-calon boleh melihat jawatan yang mengalami kekosongan di dalam Sistem eSPAJ.Kesemua jawatan yang dikehendaki oleh SPAJ adalah perjawatan awam negeri dengan kelayakan masuk sebagaimana berikut:
    i.Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
    ii Diploma/ STP/ STPM/ STAM.
    iii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
    iv. SPM/ SVM
    v.PMR/ PT3

 BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

  • Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon pekerjaan di dalam Perkhidmatan Awam Johor boleh mendaftarkan permohonan melalui Sistem eSPAJ di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.