Temu Duga

PANDUAN MENGHADIRI TEMU DUGA
SUSUNAN DOKUMEN TEMU DUGA
Calon-calon yang dipanggil temu duga dikehendaki membawa bersama-sama dokumen seperti dibawah :-
1. Borang SPAJ.01 (Dicetak berwarna/jika tiada sila sertakan gambar berukuran passport)
(Calon-calon dinasihatkan untuk menyusun dokumen mengikut turutan dibawah dan sebaik-baiknya memasukkan semua dokumen ke dalam "CLEAR FOLDER")
2. Salinan dan Kad Pengenalan (myKad)
3. Salinan dan Sijil Asal Kelahiran/Surat Beranak
4. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan LCE/SRP/PMR
5. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan MCE/SPM/SPVM
6. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Peperiksaan HSC/STPM
7. Salinan dan Sijil Asal Berhenti Sekolah Menengah
8. Salinan dan Sijil Asal Kelulusan Diploma/Ijazah beserta transkrip penuh semester
9. Salinan dan Sijil Asal Kemahiran Komputer (jika ada)
10. Salinan dan Sijil Asal Persekolahan Sekolah Agama (jika ada)
11. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan dipohon/ Surat Akuan (jika ada)
12. Salinan Penyata Perkhidmatan yang terkini yang telah dikemaskinikan dan Laporan Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terakhir diakui sah oleh jabatan (bagi calon kakitangan Kerajaan)
a) Adalah ditegaskan bahawa dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas adalah sangat MUSTAHAK. Tanpa dokumen-dokumen tersebut calon tidak dibenarkan menghadiri sesi temu duga dan permohonan jawatan tersebut tidak akan dipertimbangkan dan seterusnya ditolak.
b) Calon-calon dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan imej Anggota Perkhidmatan Awam.
c) Sekiranya calon gagal menghadirkan diri pada tarikh temu duga ini tanpa makluman lebih awal maka calon dianggap menolak tawaran temu duga tersebut dan sebarang rayuan tidak akan di layan.
d) Segala perbelanjaan dan tuntutan berhubung dengan temu duga ini adalah dibawah tanggungan calon sendiri.
e) Sila layari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor untuk mengemaskini maklumat kehadiran temu duga pada pautan url https://espaj.johor.gov.my
ETIKA PEMAKAIAN SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGAEtika Pemakaian untuk Calon Temu duga:
CALON LELAKI
![]()
Bagi calon lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan lounge suite berwarna gelap dan bertali leher. Pemilihan kasut - mesti memakai kasut bertumit berwarna gelap kulit/PVC setara dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut. Selain itu, rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan.
CALON WANITA
![]()
Bagi calon wanita, perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang. Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata. Pastikan anda memakai kasut bertumit berwarna gelap dan bertutup jenis kulit/PVC atau setara. Penggunaan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.