Pentadbiran dan Sokongan
Pengurusan dan Profesional
N9
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahunan
RM 2250.00 RM 11110.00 RM 225.00

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau

(ii) ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka


Merancang, menggubal, mengurus, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan peraturan dalam bidang-bidang berikut:
a. Pentadbiran Am
i. Pentadbiran pejabat
ii. Rekod
iii. Protokol dan istiadat
iv. Keselamatan
v. Pengurusan harta dan bangunan
vi. Seranta dan perhubungan awam

b. Pengurusan Personel
i. Perjawatan, skim-skim perkhidmatan, pembangunan organisasi dan perancangan tenaga manusia
ii. Perkhidmatan latihan dan kerjaya
iii. Gaji, elaun dan kemudahan
iv. Faedah persaraan
v. Hubungan perusahaan

c. Pengurusan Kewangan
i.Kewangan am
ii.Belanjawan
iii.Akaun dan pembayaran
iv.Pengurusan material dan stor

d. Pengurusan pentadbiran tanah
i. Pendaftaran hakmilik
ii. Pungutan hasil
iii. Tukar syarat
iv. Pengambilan balik
v. Penguatkuasaan
vi. Perlesenan dan permit

e. Pengurusan pembangunan infrastruktur dan pembangunan manusia
i. Pembangunan insfrastruktur dan kemudahan awam
ii. Pembangunan kemasyarakatan

f. Penyelidikan dan pembangunan pengurusan
i. Pemodenan tadbiran
ii. Pembangunan sistem kerja
iii. Penggunaan automasi pejabat

Sila tunggu sebentar...

   Maklumat Pekerjaan

  • Gred : N9
  • Jumlah Kekosongan :20
  • Kelulusan Minimum :SPM/SPMV
  • Tarikh Tutup Iklan : 22 Sep 2025

Kongsi ke