Pelaksana
G5
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Tahunan |
---|---|---|
RM 1650.00 | RM 6620.00 | RM 145.00 |
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,650.00); atau
(ii) Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi/Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00); atau
(iii) Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian
